Hai, apa khabar semua?
Sebagai owner bisnes, ramai yang tertanya-tanya, susah sangat ke cara buat website ni? Boleh ke saya buat sendiri je website?
Jawapannya, boleh. Semua orang boleh buat website. Even dekat Youtube pun banyak guides yang ada.
Tetapi sebelum anda tenggelam dalam video atau guides yang ada di internet, baca ni sekejap, saya akan cuba simplify guide ini supaya anda dapat gambaran komponen yang diperlukan untuk belajar cara buat website.
Dengan bantuan ChatGPT, saya cuba terangkan step by step cara buat website dengan paling mudah faham.
Lets go?
Jom bayangkan kita sedang bermain “Bina-Bina Rumah” versi digital!
Sebelum kita start dengan cara buat website, ada 3 point penting yang anda kene faham dulu:
- Alamat rumah kita di dunia maya ialah ‘domain‘.
- Tanah untuk kita bina rumah ialah ‘hosting‘.
- WordPress pula macam bahan binaan kita.
- manakala Elementor tu macam perabot dan hiasan rumah kita.
Dah faham? Baiklah, jom kita mulakan Step by Step Cara Buat Website!
Langkah 1: Menjejak Tanah Maya
Pertama, kita perlu alamat rumah dan tanah di internet. Jom kita pergi ke netkl.com, tempat jual beli alamat dan tanah di alam internet.
Cari alamat ‘domain’ yang anda suka. Kemudian, beli tanah ‘hosting’ untuk bina rumah kita.
Oh Netkl juga ada sediakan pakej shared hosting dengan free domain. Lebih Jimat! Seinggat saya hanya RM250 sahaja setahun. Tetapi anda perlu ingat, beli tanah ‘hosting’ yang sesuai dengan rumah ‘business’ yang anda nak bina.
Langkah 2: Siapkan Bahan Binaan
Ada banyak jenis bahan binaan yang boleh gunakan. Dalam guide cara buat website kami ini, kita perlukan WordPress, bahan binaan untuk rumah maya kita. Dalam ‘panel kawalan’ NetKL (cpanel), cari dan boleh install WordPress.
Kemudian, kita perlu decide nak buat website jenis apa. Ibarat kita pilih rumah banglo, teres atau jenis studio yang tiada bilik. Jangan risau, didalam WordPress dah disediakan template percuma!
Didalam wordpress, pilih tema ‘theme’ utk rumah yang anda perlukan. Theme ini akan bantu buatkan beberapa bilik ‘page’ yang anda mungkin akan perlukan.
Ini adalah ruangan yang biasanya ada didalam sesebuah rumah,
- Bilik tidur
- Ruang tamu
- Dapur
Ruang/bilik ini adalah ibarat page yang ada didalam website. Ini pula Pages yang biasanya kita perlukan didalam website:
- Home page
- About Us
- Shop
- Our Services
Langkah 3: Hias Rumah dengan Elementor
Sekarang, kita perlukan Perabot dan Hiasan untuk setiap bilik ‘page’ dalam rumah ‘website’ kita, betul tak?
Elementor akan bantu kita. Install plugin Elementor dalam WordPress.
Lepas tu, kita boleh mula hias rumah kita dengan hanya drag and drop!
Langkah 4: Buat Pintu dan Tingkap
Supaya orang boleh jalan-jalan dalam rumah kita,kita perlukan pintu ‘menu’.
Dalam Dashboard WordPress, create menu dan anda dah berjaya letakkan pintu ke semua bilik!
Langkah 5: Rumah Sudah Siap!
Tahniah, rumah di internet kita sudah siap! Mudah kan step cara buat website ni?
Langkah 6: Jemput Orang Datang!
Jangan lupa buka pintu dan tingkap dan beritahu jiran-jiran (marketing), jangan biarkan rumah kita gelap dan sepi.
Kesimpulan
Macam mudah je semua diataskan? Memang mudah sebenarnya. Cuma anda perlukan banyak masa untuk belajar semua ini.
Jangan lupa, cara buat website yang kita bincangkan di atas hanyalah permulaan. Bukan semua orang suka rumah yang sama, betul tak? Ada yang suka rumah moden, ada yang suka rumah kampung, dan ada juga yang suka banglo mewah! Sama juga dengan laman web, kita perlu tahu jenis laman web apa yang paling sesuai dengan perniagaan kita.
Dan jangan lupa pasal warna dan hiasan! Warna dan hiasan yang cantik bukan sahaja menarik tetapi juga memberi personaliti kepada rumah kita. Sama juga dengan laman web, reka bentuk yang baik bukan sahaja menarik tetapi juga boleh menunjukkan personaliti perniagaan kita.
Belum lagi kita cerita berkenaan kos bahan tambahan ‘plugin’ yang boleh mencecah ribuan ringgit jika anda mahu buat semua sendiri.
Inilah sebabnya saya di sini! Di shazrin.com, saya boleh membantu anda mencari ‘rumah’ dan ‘hiasan’ yang paling sesuai untuk perniagaan anda. Saya tidak hanya membantu membina laman web, tetapi juga memberikan nasihat dan panduan untuk memastikan laman web anda benar-benar menonjol dan memberikan impak yang maksimum kepada perniagaan anda.
Jadi, Hubungi saya hari ini dan lihat bagaimana saya boleh membantu anda!
Klik untuk Whatsapp saya >> Whatsapp